Tuesday 13 March 2018

Nota AutoCAD 2D


Setelah sekian kali menganjurkan kelas atau kursus AutoCAD, kini akhirnya terhasil sudah 3 siri nota rujukan untuk belajar berkaitan dengan command 2D. Semasa kelas, banyak respon dan maklumbalas didapati ramai yang sukar untuk menyalin nota sendiri dengan cara yang mudah dan senang. Jadi, diharap dengan sumbangan nota AutoCAD 2D ini sedikit sebanyak dapat membantu memahami fungsi dan langkah-langkah setiap command tersebut.

Nota ini dibahagikan kepada 3 bahagian, di mana susunan isikandungannya mengikut silibus kelas AutoCAD yang dianjurkan. 

Bahagian pertama mengandungi Pengenalan, Sistem Koordinat, Penetapan Unit dan Skala, Setting Limits, Setting Grid dan Snap, Setting Background dan Crosshair, Zoom dan Pan, Line dan Join, Polyline dan Pedit.

Bahagian kedua pula terdiri dari Divide dan Measure, Rectangle, Polygon, Ellipse, Spline, Arc, Offset, Mirror dan Copy, Stretch dan Move, Trim dan Extend, Fillet dan Chamfer, Hatch, Array.

Bahagian terakhir merangkumi Rotate, Scale, Break, Lengthen, Align, Text, Dimension, Leader, Insert, Block, Explode, Design Center, Properties, Inquiry, Plotting.

Silibus disusun sendiri oleh tenaga pengajar yang berpengalaman menggunakan AutoCAD lebih dari 15 tahun. Setiap bab mengandungi command-command yang diterangkan secara terperinci langkah demi langkah. Ini penting kerana masalah utama kebanyakkan yang mempelajari AutoCAD adalah sukar untuk mengingati fungsi dan langkah untuk menggunakan sesuatu command. Keseluruhan 296 mukasurat nota ini mengandungi 42 command yang sering digunakan dalam melukis objek 2D, samada dalam bidang hiasan dalaman, senibina, kejuruteraan, ukurtanah dan sebagainya.



Imej di atas merupakan nota AutoCAD 2D yang telah dikompilasikan. Sangat sesuai menjadi rujukan kepada sesiapa yang baru berjinak dalam perisian tersebut. Dapatkan kompilasi nota ini dengan kadar harga RM45 (tidak termasuk kos penghantaran). Harga yang sangat berpatutan dengan isi ilmu yang berbaloi dimiliki.

15 comments:

  1. Assalamualaikum, mcm mne nk join kelas belajr autocad nie ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hubungi no 010 281 1844 utk maklumat lanjut :)

      Delete
  2. as`slm...mcm mn nk dptkn yea...?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tahun 2015. boleh gune utk version 2012 hingga 2014

      Delete
  4. masih ada lagi ker buku ini....saya berminat....0174014540.nk order mcm mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih ada..nnti sy hubungi tuan utk maklumat lanjut

      Delete
    2. mohon bg detail ye encik 0134415448

      Delete
  5. salam.. boleh sy dapatkan x buku ni... 0134415448 mohon bg detail ye encik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..harge nota ni rm45 je..utk kos poslaju, tambah rm10 utk sem msia..rm15 utk sabah dgn srwak..

      Delete
  6. Sy berminat dgn buku ini macam mn sy nak order

    ReplyDelete
    Replies
    1. en. blh hubungi 010-2811844 utk keterangan lanjut

      Delete