Monday 7 August 2017

Dari AutoCAD ke SketchUp

Pada awal 90an, saya mula mengambil kursus AutoCAD 2D. Dari situ, tanpa menoleh belakang, saya mula mencari peluang kerjaya yang cukup luas bagi yang berkemahiran AutoCAD ini. Zaman melukis secara manual mula ditinggalkan. T-square, technical pen dan peralatan lain diguna melukis secara manual tinggal jadi kenangan (paling tak boleh lupa ialah sentiasa kena cuci mata pen teknikal.. baru dakwat keluar lancar bila melukis)! Seingat saya, tahun 90an dulu, AutoCAD sangat popular di kalangan firma kejuruteraan, arkitek, pereka bentuk dan sebagainya. Dan.. disebabkan mempunyai sijil kemahiran AutoCAD juga, melayakkan saya bekerja di sebuah firma arkitek di Taman Tun Dr Ismail..

Antara peralatan melukis secara manual.. masih digunakan sehingga kini, terutama di kalangan pelajar dalam bidang teknikal. Gambar: Ehsan Google


Bekerja di firma arkitek ini juga lah yang mendedahkan saya dengan aplikasi CAD (Computer-Aided Design) lain.. iaitu FastCAD. Software selain FastCAD juga mungkin sudah ada menyaingi AutoCAD. Cuma, zaman 90an, kemudahan internet sangat terbatas. Jadi, kami waktu tu hanya dapat info tentang CAD lain melalui kerja di pejabat sahaja. Cuma, pada pandangan peribadi, FastCAD yang diguna oleh kami waktu tu, sangat simple.. terutama dari sudut interface dan command-command yang ada (dah nama pun Fast.. haha). Senang digunakan, namun hanya berupaya untuk melukis pelan 2D sahaja. (mungkin sebab harganya murah berbanding AutoCAD, sebab tu menjadi pilihan majikan..hoho).

Contoh paparan antara-muka (interface) FastCAD versi Windows kini.. waktu awal 90an dahulu, ketika sistem operasi (OS) komputer masih menggunakan Dos (Disk Operating System), FastCAD yang kami gunakan lebih simple dari yang ini. Gambar: Ehsan Google

Setelah berpindah tempat kerja, saya kembali menggunakan AutoCAD, hingga akhir jawatan sebagai Interior Designer pada tahun 2002. Kemudian, apabila memasuki bidang bekerja sendiri sehingga sekarang, masih tetap setia dengan perisian AutoCAD, samada melukis untuk 2D ataupun 3D. Kononnya, AutoCAD adalah yang terbaik sepanjang zaman! (betul ke? hihi). Dalam pada itu, seiring perkembangan masa dan teknologi, pesaing-pesaing CAD lain turut memasuki pasaran. Rhino, CATIA, SolidWorks dan banyak lagi. Malah, pihak AutoDesk (pengasas AutoCAD) tidak ketinggalan menambahbaik produk asas mereka, melahirkan aplikasi baru seperti Inventor dan Revit.

Survey 10 teratas perisian CAD yang popular di pasaran pada tahun 2014, menunjukkan AutoCAD dan AutoCAD LT menduduki senarai tempat pertama dan kedua.. responden survey adalah di kalangan majikan dan jawatan profesional.. jadi, buat adik-adik yang baru habis belajar dan mula mencari kerja, digalakkan menambah kemahiran dalam penggunaan perisian tersebut!


Bila memasuki tahun 2014, apabila SketchUp telahpun memasuki pasaran dan semakin dikenali ramai di Malaysia, selain kelas AutoCAD, saya turut diminta membuat kelas SketchUp juga. Permintaan untuk Rhino, SolidWorks, Revit dan Inventor juga ada, tetapi demand lebih untuk SketchUp. Kebanyakkan yang bertanya adalah di kalangan individu yang telah berpengalaman bisnes, tetapi mereka bukan datang dari jurusan berkaitan teknikal (kelompok kategori beginners dalam CAD). Setelah beberapa lama menggunakan SketchUp untuk projek-projek tertentu, boleh dirumuskan SketchUp ini:

1. Satu perisian yang tidak begitu berat berbanding dengan perisian CAD lain. Saiznya yang agak kecil (bawah 1G), memudahkan untuk di install dan running dalam mana-mana komputer. Requirement nya juga tidak begitu tinggi, kecuali bila hendak install plugin tertentu, contohnya Vray untuk rendering.

2. Interfacenya simple, mudah dan cepat untuk dipelajari command-command yang ada. Sangat sesuai bagi mereka dalam kategori beginners dalam CAD. Walaupun simple, hasil kerja dari SketchUp mengagumkan juga, sesuai untuk presentation bagi mereka dalam bidang arkitek, hiasan dalaman dan kejuruteraan.


Contoh hasil kerja model 3D lukisan kejuruteraan menggunakan SketchUp setelah diletakkan material pada surface objek.


3. Paling menarik, pihak Trimble (pemilik SketchUp), ada menyediakan perisian percuma iaitu 'SketchUp for Web'. Perisian ini tidak perlu dimuat turun (download) kerana diguna melalui web browser seperti Chrome, Firefox dan sebagainya. Bagi yang berminat, boleh dapatkan maklumat lanjut di link ini:

https://help.sketchup.com/en/sketchup-web/sketchup-web