Thursday 19 February 2015

AutoCAD 3D Command Viewport


Bila memulakan lukisan tiga dimensi (3D), setting sudut pandangan dari pelbagai arah sangat penting dan membantu dalam memudahkan kita menyediakan sesuatu lukisan tersebut. Dalam AutoCAD, terdapat beberapa command berkaitan dengan ini, seperti Viewpoint, Dynamic view, View, selain boleh juga mengklik beberapa tools seperti View cube serta Orbit yang terdapat di Navigation bar.

Selain itu, antara command yang penting dan sangat membantu ialah Viewport. Bagi AutoCAD versi 2015, pada Model Space, command ini dapat diaktifkan dengan mengklik pada View ribbon tab (dalam Work Space Drafting & Annotation) atau di Visualize ribbon tab (dalam Work Space 3D Basics atau 3D Modeling). Manakala untuk versi 2014 ke bawah, kita perlu klik pada ribbon tab View. Setelah itu, klik pula pada Viewport Configuration. Dari sini, kita akan diberi pelbagai bentuk layout viewport yang boleh digunakan sebagai pilihan, seperti:

- Single
- Two: Vertical
- Two: Horizontal
- Three: Right
- Three: Left
- Three: Above
- Three: Below
- Three: Vertical
- Three: Horizontal
- Four: Equal
- Four: Right
- Four: Left

Kita boleh mengklik mana-mana salah satu susunan viewport yang dikehendaki. Sebagai contoh, lukisan rekabentuk banglo pada image di atas menggunakan layout viewport Four: Equal. Boleh dikatakan, command viewport ini akan membentuk dan membahagikan view drawing window AutoCAD dari single kepada section-section mengikut setting yang kita pilih tadi.

2 comments:

  1. sy pernah bljr autocad utk subjek lukisan kejuruteraan. best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol, autocad mmg best, mahir autocad dlm lukisan kejuruteraan mmg sgt penting, tkasih singgah n komen :)

      Delete