Friday, 26 February 2016

Tutorial 2.0 - Pelan Central Air Cond

Assalamualaikum. Tutorial siri 2.0 ini menumpukan pada pengguna perisian AutoCAD yang ingin mempelajari dan mendalami selok-belok command-command 2D untuk menghasilkan Pelan Central Air Cond.
Bersama tutorial ini, akan dibekalkan satu file dwg (file format AutoCAD) ruang pejabat. Setelah membuka file, pengguna tutorial akan ditunjukkan langkah dan command terperinci dari awal hingga akhir.
Antara langkah dan command yang banyak terlibat adalah untuk melukis diagram blower central air cond seperti di atas.

Melalui tutorial ini, akan memandu kita menghasilkan satu pelan lengkap yang berkaitan dengan central air cond 2D.




Tuesday, 14 April 2015

Masih Lagi 3D Studio Max MentalRay Rendering


Seperti yang dikhabarkan oleh tajuk entry di atas, yup.. aku masih  terkongkong dengan dunia mentalray rendering lagi. Ohh.. bila agaknya ye aku boleh melangkah lebih gedebanze (advance) lagi dengan Vray Rendering contohnya. Ikut pada keinginan memang lah bergemolak tak sabar, namun ape kan daye ku ini.. bilalah ade rejeki machine aku ni boleh di upgrade ke high end punye processor, wallahualam!

Nota: bagi yang kerje makan gaji, tentu arif dengan perkataan PERKESO dalam image di atas tu. haa.. jika melalui bangunan diorang kat ampang tu, jika ternampak logo lama depa dah ditukar baru, jangan lupe contact bagitau kat aku ye.. hehe!!

Saturday, 4 April 2015

Tutorial 1.0 - Model Mekanikal 3D


as salam. khusus untuk pengguna AutoCAD dalam bidang mekanikal, kini boleh lah belajar menghasilkan lukisan model dalam bentuk 3D melalui tutorial ini. Juga boleh digunakan oleh mereka yang berminat dalam lukisan objek 3D melalui perisian AutoCAD.


Tutorial berbentuk eBook ini akan menerangkan langkah-langkah awal dengan terperinci seperti cara untuk melakukan setting sudut pandangan dari 2D kepada 3D dengan menggunakan View Cube.


Langkah-langkah yang menggabungkan penggunaan command 2D dan command 3D juga turut diguna dan diterangkan secara peringkat demi peringkat. Dengan cara ini, sesiapa yang mempelajari kaedah menghasilkan lukisan 3D akan lebih mudah memahami setiap fungsi dan nama command yang digunakan.


Terakhirnya, tidak ketinggalan akan ditunjukkan juga langkah demi langkah cara dan penggunaan command bagi menampakkan objek yang dilukis dengan memberi impak kesan visual material sebenar. Secara tidak langsung, hasil akhir lukisan akan kelihatan lebih realistik dan mengagumkan!

Tutorial eBook dalam format flash ini mengandungi 40 mukasurat dan dijual dengan harga RM10 sahaja. Hubungi 010-2811844 segera bagi mengetahui maklumat lanjut kaedah mendapatkan eBook yang sangat bermanfaat dalam membantu mempelajari AutoCAD 3D...

Thursday, 19 February 2015

AutoCAD 3D Command Viewport


Bila memulakan lukisan tiga dimensi (3D), setting sudut pandangan dari pelbagai arah sangat penting dan membantu dalam memudahkan kita menyediakan sesuatu lukisan tersebut. Dalam AutoCAD, terdapat beberapa command berkaitan dengan ini, seperti Viewpoint, Dynamic view, View, selain boleh juga mengklik beberapa tools seperti View cube serta Orbit yang terdapat di Navigation bar.

Selain itu, antara command yang penting dan sangat membantu ialah Viewport. Bagi AutoCAD versi 2015, pada Model Space, command ini dapat diaktifkan dengan mengklik pada View ribbon tab (dalam Work Space Drafting & Annotation) atau di Visualize ribbon tab (dalam Work Space 3D Basics atau 3D Modeling). Manakala untuk versi 2014 ke bawah, kita perlu klik pada ribbon tab View. Setelah itu, klik pula pada Viewport Configuration. Dari sini, kita akan diberi pelbagai bentuk layout viewport yang boleh digunakan sebagai pilihan, seperti:

- Single
- Two: Vertical
- Two: Horizontal
- Three: Right
- Three: Left
- Three: Above
- Three: Below
- Three: Vertical
- Three: Horizontal
- Four: Equal
- Four: Right
- Four: Left

Kita boleh mengklik mana-mana salah satu susunan viewport yang dikehendaki. Sebagai contoh, lukisan rekabentuk banglo pada image di atas menggunakan layout viewport Four: Equal. Boleh dikatakan, command viewport ini akan membentuk dan membahagikan view drawing window AutoCAD dari single kepada section-section mengikut setting yang kita pilih tadi.

Tuesday, 2 December 2014

Design Kubah Masjid 3D AutoCAD Dan 3D Studio Max


Sambil menganjurkan kursus AutoCAD, sambil tu ada juga ambil kerja-kerja design. Baru ini, ada satu kilang member punya. Dia specialist dalam pembuatan kubah. Kemahiran seratus peratus milik anak tempatan. Projeknya satu Malaysia. Banyak sudah kubah-kubah masjid dan bangunan lain terbentuk hasil kilangnya. Nak tengok contoh, salah satunya ada dekat Universiti Malaysia Terengganu.

Member ini offer design satu kubah masjid. Katanya kali ni, arkitek minta design yang agak mencabar. Kubahnya perlu ada tempered glass pada sesetengah tempat kat diamond segment tu. Memang agak sukar nak buat dalam AutoCAD, sebab belum ada command khusus untuk lukis dome dengan diamond segment ni. Jadi terpaksalah lukis satu persatu. Agak memakan masa lah sedikit. Tapi, tengok pada hasilnya seperti di atas, member tadi pun agak berpuashati juga.



Design kubah setelah dirender menggunakan Mentalray dalam 3D Studio Max. Boleh nampak jelas, bentuk kubah ni segmentnya berketak-ketak, tak smooth. Sebab tu kehendak kilang. Kalau buat permukaan licin, mesin tak boleh produce, kata member tadi. Apapun, mudah-mudahan design kubah masjid ni diterima oleh arkitek yang terbabit. Dapatlah tengok hasilnya bila jadi kenyataan nanti.

Thursday, 27 February 2014

Belajar AutoCAD 3D




Setelah mempunyai kemahiran dalam 2D, peringkat seterusnya ialah mempelajari arahan-arahan bagi memulakan lukisan atau rekabentuk dalam 3D. Sekiranya 2D menampakkan bentuk pelan, lukisan 3D akan membantu menjelaskan lagi kepada audien tentang sesuatu rekabentuk.

Tidak dinafikan, arahan-arahan dalam 2D masih membantu dan diperlukan dalam melukis 3D. Ia seperti pline, erase, copy, trim, extend, dan sebagainya. Semestinya, arahan-arahan khusus di reka oleh autoCAD untuk 3D, antaranya:

1. extrude

2. union

3. substract

4. intersection

5. mesh

6. revsurf

Penting sekali, dalam apa jua keadaan, kemahiran mengekploitasi arahan-arahan berkaitan view seperti WCS, UCS, VPOINT, DVIEW dan lain-lain yang berkaitan agar proses melukis dan rekabentuk dalam dikendalikan dengan lancar.

Monday, 3 February 2014

Belajar AutoCAD - Command Asas 2D


Untuk memulakan melukis pelan dalam bentuk 2D, command atau arahan-arahan asas yang perlu diketahui dalam autoCAD ialah:

1.0 DRAW
  • Line
  • Pline
  • Arc
  • Circle
  • Donut
  • Ellipse
  • Block
  • Point
  • Hatch
  • Text
2.0 MODIFIED
  • Properties
  • Erase
  • Copy
  • Move
  • Offset
  • Array
  • Mirror
  • Rotate
  • Scale
  • Stretch
  • Trim
  • Extend
  • Break
  • Chamfer
  • Fillet
  • Explode
Memandangkan banyak command yang terlibat, untuk belajar basic 2D akan mengambil masa. Dianggarkan, jika diperuntukan kursus autocad adalah 2 jam sehari, kemungkinan dalam 3 hari baru pelajar boleh menguasai kemahiran melukis pelan. Itu pun, ianya bergantung kepada cepat atau lambat penerimaan seseorang.